Nama Program
MAJLIS
RESTU ILMU UPSR 2016
Unit : UPSR
Tarikh Pelaksanaan : 01.09.2016
(KHAMIS)
Tempat : DEWAN ILTIZAM, SKGP
Masa : 11.00
PAGI
Objektif
1. Memberi restu ilmu
daripada guru-guru kepada semua calon UPSR 2016 sebelum peperiksaan UPSR supaya
dapat menduduki peperiksaan dengan jiwa yang tenang dan minda yang cerdas.
2. Memberi suntikan semangat
agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis baik di saat-saat akhir
sebelum peperiksaan bermula.
Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 6 (75 0rang)
Laporan Pelaksanaan Aktiviti:
Majlis Restu Ilmu di antara guru dengan
murid mampu memberi kekuatan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan
disamping sokongan berterusan dari pihak sekolah. Majlis Mohon Restu UPSR 2016
telah diadakan pada 01 September 2016 bersamaan Hari Khamis pada jam 11.00
pagi.
Program ini diadakan bertujuan memohon
keberkatan untuk calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu
juga ia bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan
tanggungjawab sebagai murid, membina hubungan erat dalam kalangan guru dan
murid. Mudah-mudahan progam yang diadakan ini akan memberi banyak manafaat
kepada semua warga SKGP.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Othman B Che Yusoof. Majlis diikuti dengan ucapan daripada guru besar En Ahmad B
Mohd Ali. Seterusnya ucapan daripada wakil Pegawai JPNT. Tn Syed Mohd Al-Amin @
Kyirulnizam B Tn Sharif (Penyelia Peperiksaan (Luar Negeri). Seterusnya ucapan
wakil murid tahun 6 iaitu Muhamad Solihulamin dari kelas 6 IS. Kemudian tayangan slaid berkaitan dengan
pengorbanan ibu bapa.
Akhir sekali murid memohon restu daripada semua guru dengan bersalaman dan bermaaf-maafan.
Disediakan
oleh:
………………………………………………………………
(MAROZITA
BT MIOR MOHAMAD YUSOP)
Penyelaras
UPSR