PENGUMUMAN

TEMU MURNI IBU BAPA TAHUN 6 KALI I, 2017

     NAMA PROGRAM
Majlis Temu Murni Ibubapa dan Guru UPSR Kali Pertama 20

PANITIA / UNIT / KELAB
Jawatnkuasa UPSR

TARIKH PELAKSANAAN
 8 Februari 2017 ( Rabu  )

 TEMPAT
 Darul Ulum, SK Gong Pasir

 MASA
 10.00 pagi hingga  1.15 tengah hari

  OBJEKTIF

  Menyalurkan maklumat pencapaian dan prestasi akademik semasa murid-murid kepada ibubapa. 
  Memberi penerangan mengenai peperiksaan UPSR 2017 kepada ibubapa
  Memberi taklimat mengenai perancangan aktiviti UPSR 2017.

 BILANGAN IBUBAPA

         6 Ibnu Majah     - 32 orang
         6 Ibnu Khaldun  - 32 orang
        6 Ibnu Nafis      - 22 orang
     
        Jumlah ibubapa yang hadir : 86 orang
  
     LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI

Jawatankuasa UPSR  telah mengadakan Majlis Temu Murni Ibubapa dan Guru UPSR Kali Pertama bagi tahun 2017. Majlis diadakan pada 8 Februari 2017 bertempat di Darul Ulum, SK Gong Pasir. Majlis bermula jam 10.00 pagi hingga 1.15 tengahari.
Di majlis tersebut, para ibubapa diberi penerangan mengenai keputusan dan analisis TOV yang telah dijalankan pada 22 hingga 25 Januari 2017 oleh Tuan Guru Besar, En. Ahmad Bi Mohd Ali. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti tahunan bagi Kecemerlangan UPSR 2017 oleh Penyelaras UPSR, Pn. Marozita Bt. Mior Mohd Yusof. Beliau amat berharap agar semua ibubapa dapat memberikan kerjasama yang sepenunhnya bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Sesi motivasi ibubapa diambil alih oleh Pn. Aini Bt Mohd Zain selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Gong Pasir. Sebelum bersurai, ibubapa berpeluang untuk bertemu dengan guru kelas untuk mengetahui perkembangan akademik dan sahsiah anak masing-masing.






9.       DAPATAN
Kekuatan
i)                  Penggunaan power point banyak membantu dalam memudahkan penerangan kepada ibubapa.

ii)                 Jumlah ibubapa yang hadir memberi impak positif terhadap kecaknaaan murid-murid .


Disediakan oleh,                                                                                     Disemak oleh :
                                                                               

            ...............t.t.............................                                                                     …………t.t…………………
            (LAILATUL MUNIRAH BINTI ABDUL HAMID)                                       (MAROZITA BINTI MIOR MOHD YUSOP)
            Setiausaha Jawatankuasa UPSR,                                                                Penyelaras Jawatankuasa UPSR
                                                                                                                                 SK Gong Pasir
                                                               
               Disahkan oleh :



            ………………t.t………………………..
           (AHMAD BIN MOHD ALI)
           Guru Besar
           SK Gong Pasir.



PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017




Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Gong Pasir,23000 Dungun,Terengganu.


Tarikh Pelaksaan

5 Februari 2017

Tempat
Dewan ILTIZAM, Sekolah Kebangsaan Gong  Pasir.

Tetamu Kehormat
1.Sarjan Kamarul  Zaman bin Hassan.Pegawai PDRM
2.Encik Sabudin bin Mahmud
   Pegawai Perhubungan Sekolah (Wakil PPD)


Kehadiran  Murid

571 orang


Kehadiran  Guru

40 orang


Ulasan Pelaksaan Program.

Semua dif jemputan , guru dan murid berkumpul di dewan Iltizam pada pukul 7.45pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis.Kemudian majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. seterusnya bacaan doa daripada Ustaz Che Ku Suhaimi bin Che Ku Abd. Rahman. Selesai bacaan doa, bacaan Ikrar dibacakan oleh Ketua Murid SK.Gong Pasir, adik  Muhammad Asfar bin Mohd Noor.
                                  .
   Majlis diteruskan oleh, Sarjan Kamarul Zaman  bin Hassan membacakan Perutusan daripada Ketua Polis Negara, Polis Di Raja Malaysia. Acara kemuncak program apabila  Yang Berusaha Tuan Guru Besar,  Encik Ahmad bin Mohd Ali  membacakan Perutusan daripada Ketua PengarahPendidikan Malaysia, KementerianPendidikan Malaysia dan seterusnya merasmikan Pelancaran  Program Jom Ke Sekolah dan Perasmian Peti Aduan Murid. Akhir sekali sesi bergambar diadakan.

















DISEDIAKAN OLEH,                                                                                             

………………………………………………..…………….
( AINI BINTI MOHD ZAIN )
GURU BIMBINGAN DAN  KAUNSELING ,
SK.GONG PASIR.

DISEMAK OLEH,

………………………………………………………………
( EN. ABDUL JABAR BIN HABIB MOHAMAD )
 GPK HAL EHWAL MURID,
 SK. GONG PASIR.

DISAHKAN OLEH,

………………………………………………………………
( EN. AHMAD BIN MOHD ALI  )
 GURU BESAR,

SK. GONG PASIR.