PENGUMUMAN

Sambutan Maulidur Rasul 2014 / 1435H

              Pada 23 Januari 2014 baru-baru ini, Panitia Agama Islam SK Gong Pasir telah mengajurkan Sambutan maulidur Rasul 1435H peringkat sekolah.majlis tersebut disertai oleh semua pelajar bermula Pra sekolah sehingga Tahun 6.Tidak ketinggalan juga guru turut sama menyertai majllis berkenaan dan turut sama dibantu oleh guru-guru KAFA.  Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan diikuti perarakan pelajar dan guru mengelilingi kg Gong Pasir.
              Pelbagai acara disediakan dalam program tersebut, selain perarakan, program ceramah turut diadakan yang disampaikan oleh wakil Yayasan Terengganu. Disamping itu juga, acara sampingan turut diadakan untuk memeriahkan lagi berkenaan antaranya pertandingan mewarna untuk pelajar tahap 1 dan juga pertandingan nasyid untuk tahap 2. Taniah diucapkan  kepada panitia Agama Islam kerana menjayakannya.




Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Sekolah

Pada 21 Januari bau-baru ini, pihak SK Gong Pasir telah mengadakan Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 100 peringkat sekolah. Majlis tersebut diadakan di dewan sekolah  pada pukul 1.00 tengah hari. Majlis itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan boleh dikatakan hampir 100 % ibu bapa hadir ke majlis tersebut.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Mokhtar. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan sumbangan ibu bapa yang lebih pro aktif dalam menaikan nama sekolah. Ucap utama, disamppaikan oleh Pn. Hjh. Myshithah bt. Mohamad Ali, iaitu, Guru Besar. Daalam ucapan beliau, ia banyak menyentuh mengenai dasar-dasar kerajaan terutamanya, Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia(PPPM).

Pn. Hjh. Myshithah

Ibu bapa menerima RM 100

Klik di sini untuk gambar seterusnya.