PENGUMUMAN

Wakil Daerah

Pada 18- 20 April baru-baru ini, 2 orang pemain bola sepak SKGP iaitu adik Danial Amsyar Mohd Azman dari kelas 6 Tuah dan Muhammad Afiq Firdaus Abdul Wahab dari kelas 6 Jebat telah mewakili Daerah Dungun ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan-Sukan Sekolah Terengganu di Komplek Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Acara yang diadakan setiap tahun di peringkat telah mencapai kejayaan yang amat baik di mana Daerah Dungun telah memperolehi naib Johan peringkat negeri. Taniah kepada pemain bola sepak kita yang turut sama membantu memenangi kejohanan tersebut.

Adik Danial Amsyar
Adik Mohd Afiq Firdaus



Sijil dan medal kemenangan

JOHAN LAGI..........

3 tahun berturut-turut pasukan bola jaring SK Gong Pasir telah merangkul kejuaraan di Periingkat Zon Sura. Kejohanan tersebut diadakan di SK Batu 7 selama 2 hari bermula 14 hingga 15 April. Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Noraini dan dibatu oleh Cikgu Hasnah dan Cikgu Ainum telah berjaya menaik nama sekolah. Pada perlawanan akhir, SKGP bertemu dengan SK Balai Besar. SK Balai Besar gagal menentang kehebatan SKGP dan berjaya menjadi johan. SYABAS diucapkan.....
Cikgu Noraini memikirkan strategi
semasa menentang SK Balai Besar








pasukan bola jaring SKGP
 bersama guru pengiring

Johan lagi......

LATIHAN TERAKHIR ACTION SONG

Latihan terakhir Action Song untuk Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Dungun tahun 2013. Dianggotai seramai 11 orang pelajar telah mewakili Zon Sura ke pertandingan tersebut yang dilatih oleh Cikgu Noraini dan dibantu oleh Cikgu Hairani, Cikgu Lailatul Munirah dan Cikgu Chan Siew Chin. Selamat bertanding diucapkan.





TANIAH!!!! SEPAK TAKRAW

Syabas diucapkan kepada team sepak takraw SKGP kerana berjaya mendapat tempat ketiga (gangsa) bersama di Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu di SK Balai Besar  pada 7 dan 8 April baru-baru ini. Pasukan tersebut dianggotai seramai 8 orang atlit yang berbakat dan diuruskan oleh Cikgu Hj. Fauzi dan Cikgu Abdul Halim. Majlis penyampaian medal peringkat sekolah telah diadakan pada 15 April dan disempurnakan oleh Cikgu Hazanizam selaku PKKO.



MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & PELANTIKAN PENGAWAS PSS

Pada 14 April, majlis Pelancaran Program Nilam & Pelantikan Pengawas PSS diadakan. Seramai 54 orang pengawas PSS menerima pelantikan tersebut. Majlis berkenaan diceriakan dengan kehadiran En. Hashim Sapar, Pegawai Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun. Beliau memberikan kata-kata semangat kepada pengawas PSS supaya berkhidmat dengan penuh dedikasi. Sebelum daripada itu, En. Hazanizam telah mewakili Guru besar memberi ucapan selamat datang dan apa tugas pengasaw PSS dan Program NILAM. Diharap program sebegini rupa akan terus dijalankan pada msa hadapan. Syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa PSS.
Ketibaan En. Hashim Sapar


En. Hazanizam Wakil Guru Besar
En. Hashim memberi ucapan

Majlis Pelancaran NILAM

Barisan pengawas PSS 2013

SKGP Johan Lagi

Minggu yang amat menceriakan di SK Gong Pasir. Di mana sukan dan pemainan SKGP telah mencapai sasaran yang diharapkan. Taniah diucapkan. Pasukan hoki perempuan SKGP,  berjaya menjadi johan peringkat zon dan seteursnya mewakili zon sura ke Kejohanan Hoki MSS Dungun 2013 di SMK Jerangau.
Bagi sukan bola baling, pencapaian yang sangat menakjubkan, iaitu pasukan perempuan telah menjadi johan manakala pasukan lelaki, naib johan peringkat zon. bagi kedua-dua pasikan ini, secara automatik layak menwakili zon keperingkat daerah yang akan diadakan pada 15 dan 16 April. Syabas .....

Johan Bola Baling Zon Sura

Naib Johan Bola Baling Zon Sura

LAWATAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI.

Pada 10-14 Mac, seramai 6 orang Pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Terengganu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat Pemantauan dan Pemeriksaan Penuh Fasal 2. Jemaah Nazir tersebut diketui oleh Tuan Haji Ahmad Hizan b. Wan Hassan. Segala teguran dan tunjuk ajar oleh jemaah nazir diucapkan terima kasih.
Pengurusan mendengar taklimat









Taniah adik Nur Karmila Syaza binti Mohd Riduan

Taniah diucapkan kepada adik Nur karmila Syaza Mohd Riduan, tahun 6 Jebat kerana berjaya mendapat pingat perak dalam acara 80 meter lari berpagar dalam Kejohanan Balapan dan Padang DI SMK Sultan Omar baru-baru in.


OLAHRAGA MSS DUNGUN KALI KE 44

Pada 11-14 Mac seramai 13 orang atlit olahraga sekolah menyertai Kejohanan Balapan dan Padang di SMK Sultan Omar. Sebanyak 47 buah sekolah rendah mengambil bahagian dalam 8 acara yang dipertandingkan. Kontinjen sekolah diketuai oleh Cikgu Zawawi Hamzah dan Cikgu Lailatul Munirah.